Dunia perniagaan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk masyarakat melayu yang beragama Islam.

Mereka mempunyai Kesedaran yang tinggi untuk menceburi bidang ini namun, kurangnya ilmu mengenai perniagaan menjadi faktor penghalang bagi mereka untuk memburu kejayaan. Justeru, platform ini menjadi inisiatif bagi membantu lebih ramai usahawan muslim menemui keberhasilan dalam dunia bisnes yang kian kreatif kini.

BUKU TERKINI!
Ibrah Sirah Dalam Bisnes

Ia tidak terhenti sekadar catatan sejarah yang hanya untuk diceritakan semata-mata.

Buku Ibrah Sirah dalam Bisnes mengisarkan tentang ibrah daripada sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat untuk diaplikasikan dalam dunia bisnes. Sirah Rasulullah SAW adalah ibrah yang mempunyai hikmah yang tidak ternilai. Perjuangan baginda bersama para sahabat adalah satu panduan dalam kehidupan kita. Ia tidak terhenti sekadar catatan sejarah yang hanya untuk diceritakan semata-mata.


INFO LANJUT