𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 “𝐆𝐡𝐚𝐢𝐛” 𝐚𝐭𝐚𝐮 “𝐑𝐮𝐡”

Mekah adalah bumi yang sangat disayangi oleh baginda Nabi ï·º.

Ketika dalam perjalanan hijrah meninggalkan Mekah, Baginda ﷺ telah melalui satu kawasan yang dinamakan Juhfah. Ia adalah sempadan dibahagian utara negeri Mekah. Di sinilah Baginda memaling memerhatikan Mekah lalu bersabda:ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ“Aku tidak temui negeri yang lebih baik dari engkau (wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi dari Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraysh) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).

Baginda ï·º sentiasa merindui kota Mekah ketika berada di Madinah al-Munawarah. Tetapi, halangan Quraisy menyebabkan baginda ï·º tidak dapat pulang menziarahi kota kesayangan baginda ï·º ini. Namun begitu, Tiada satu pun riwayat yang menceritakan baginda mendakwa pernah pergi ke Mekah samada untuk solat, tawaf, umrah atau haji secara “ghaib” atau rohnya di bawa pergi sehingga tidak perlu bersolat lagi. Ini lah Nabi kekasih Allah S.W.T. Tiba-tiba ada yang mendakwa dia telah solat Jumaat di Mekah maka tidak perlu dia solat jumaat di sini lagi (di Malaysia). Kelibatnya tidak pernah muncul di masjid setiap kali solat Jumaat. Namun begitu ramai di kalangan masyarakat yang menganggapnya wali Allah. Waraskan lah fikiran anda. Fikirkan dengan baik.

𝐀𝐛𝐮 𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐚𝐥-𝐌𝐚𝐡𝐦𝐮𝐝𝐢

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *