𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلَا يُنْكَحُ وَلَا يَخْطُبُ

daripada : Usman bin Affan bahwasanya Rasulullah ﷺ bersabda : “Orang yang berihram tidak dibolehkan untuk mengahwinkan dan dikahwinkan dan meminang.”

Jumhur berpandangan bahawa nas ini menunjukan “nafi” (penafian) yang membawa maksud “nahi” (larangan). Ini bermaksud perkara tersebut dilarang ketika ihram.

𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐲𝐚𝐡 : Harus bagi lelaki dan perempuan yang berihram untuk berkahwin. Ini berdasarkan hadis dari ibn Abbas r.a

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَزَوَّجَ مَيْمُونَةَ وَهُوَ مُحْرِمٌ


“Bahawa nabi s.a.w telah mengahwini Maimumah r.a dan nabi dalam keadaan berihram”.

𝐀𝐛𝐮 𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐚𝐥-𝐌𝐚𝐡𝐦𝐮𝐝𝐢

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *