๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ฎ๐œ๐ข ๐๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐š ๐ก๐š๐๐š๐ฌ (๐›๐ž๐ซ๐ฐ๐ฎ๐๐ฎ๐ค) ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐ญ๐š๐ฐ๐š๐Ÿ

๐’๐จ๐š๐ฅ๐š๐ง : Apakah hukum melaksanakan tawaf dalam keadaan tidak suci dari hadas atau dalam keadaan berjunub?

๐‰๐š๐ฐ๐š๐ฉ๐š๐ง :

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ู‰ ุฃุดุฑู ุงู„ู…ุฑุณู„ูŠู† ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆู…ู† ุชุจุนู‡ู… ุจุฅุญุณุงู† ุฅู„ู‰ ูŠูˆู… ุงู„ุฏูŠู† ุฃู…ุง ุจุนุฏ

ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุทู‘ูŽูˆูŽุงูู ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ู…ูุซู’ู„ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ููˆู†ูŽ ูููŠู‡ู ููŽู…ูŽู†ู’ ุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูููŠู‡ู ููŽู„ูŽุง ูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู†ู‘ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู

Maksudnya : daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi ๏ทบ telah bersabda : “Tawaf di Baitullah sama seperti solat, kecuali kamu boleh berbicara ketika melakukannya. Barangsiapa yang berbicara hendak lah dia berbicara dengan kata-kata yang baik.”

H.R al-Tirmizi, al-Nasaโ€™i, al-Darimi

Berdasarkan hadis ini, ๐ฆ๐š๐ณ๐ก๐š๐› ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ค๐ข, ๐ฆ๐š๐ณ๐ก๐š๐› ๐’๐ฒ๐š๐Ÿ๐ข๐ž dan Pandangan yang โ€œ๐˜ป๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณโ€ dalam ๐ฆ๐š๐ณ๐ก๐š๐› ๐‡๐š๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข berpandangan bahawa bersuci dari dua hadas merupakan syarat bagi sahnya tawaf kerana ia adalah ibadah badaniyah (fizikal) seperti solat. Maka apabila seseorang melaksanakan tawaf tanpa dia berwuduk terlebih dahulu atau tidak bersuci dari dua hadas, maka tawafnya dikira tidak sah.

๐ˆ๐ฆ๐šm ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ r.h berpendapat bahawa bersuci dari dua hadas wajib tetapi ia tidak menjadi syarat sah kepada tawaf. Imam Ahmad r.h menyebut โ€œjika seseorang tawaf dan dia terlupa untuk berwuduk terlibih dahulu lalu dia pulang ke kampung halamannya maka tawaf dan hajinya sah dan tidak dikenakan apa-apa ke atasnyaโ€.

๐ˆ๐ฆ๐š๐ฆ ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ juga menyebut : โ€œJika seseorang melakukan tawaf ifadhah (tawaf rukun haji) dalam keadaan dia tidak suci dari kedua hadas, daia perlu mengulangi tawafnya selagi mana dia masih berada di Mekah. Jika dia telah pulang ke tanah airnya tanpa dia tawaf semula maka dia dikenakan damโ€.

Kedua-dua pandangan ini menggambarkan bahawa imam Ahmad r.h tidak mensyaratkan bersuci dari kedua hadas ketika tawaf. Maka tawaf dalam keadaan tidak suci dari kedua hadas di sisi imam Ahmad r.h adalah sah. tetapi tawaf dalam keadaan suci dari kedua hadas adalah wajib hukumnya di sisi imam Ahmad r.h.

๐Œ๐š๐ณ๐ก๐š๐› ๐‡๐š๐ง๐š๐Ÿ๐ข pula telah โ€œ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญโ€ berdasarkan ayat dari surah al-Haj yang akan kami bawakan di bawah dengan menyatakan bahawa pensyariatan tawaf itu tidak datang dengan menentukan syarat baginya. Maka dia menunjukkan bahawa bersuci dari dua hadas adalah wajib dan bukannya fardhu.

โ€œูˆู„ู’ูŠูŽุทูŽู‘ูˆูŽู‘ูููˆุง ุจุงู„ุจูŠุช ุงู„ุนุชูŠู‚โ€
Maksudnya : โ€œdan tawaf lah kamu di baitullah al-atiqโ€.
Al-Haj : 29

Perlu kita ketahui bahawa di sisi mazhab al-imam Abu Hanifah, fardhu dan wajib adalah dua perkara yang berbeza. Setiap perkara fardhu pasti menjadi syarat dalam sesuatu ibadah. Manakala yang wajib itu tidak menjadi syarat sahnya ibadah tersebut.

Maka di sisi mazhab Hanafi jika seseorang itu tawaf tanpa bersuci dari dua hadas atau berwuduk terlebih dahulu maka tawafnya sah tetapi mempunyai kekurangan.

Bagi menampung kekurangan tersebut, maka dikenakan ke atanya sesuatu bagi menampung kesalahan. Ia seperti berikut :

1.    Jika tawaf itu adalah tawaf sunat maka dikenakan sedekah ke atasnya.
2.Jika tawaf itu adalah tawaf rukun maka dikenakan dam seekor kambing ke atasnya.
3.Jika tawaf itu dilakukan dalam keadaan dia berjunub (berhadas besar) maka dikenakan dam seekor unta ke atasnya. 

Dan pada pandangan mazhab Hanafi, mengulangi tawaf selagi dia berada di Mekah adalah sesuatu yang โ€œ๐˜ข๐˜ง๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญโ€ atau yang paling baik.

๐ˆ๐›๐ง๐ฎ ๐๐ฎ๐๐š๐ฆ๐š๐ก telah menyebut di dalam kitabnya (๐˜ข๐˜ญ-๐˜ฌ๐˜ข๐˜ง๐˜ช) “Maka begitu juga, dikeluarkan bersuci dari najis dan menutup aurat dari tawaf, kerana ia adalah ibadah yang tidak disyaratkan ia menghadap qiblat, maka tidak disyaratkan padanya (ketika tawaf) menutup aurat dan bersuci seperti wuquf di arafah dan saie”.

๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง :

Daripada pendapat kesemua mazhab yang disebutkan menunjukkan sekurang-kurangnya bersuci dari dua hadas itu adalah wajib. Walaupun mereka berbeza pandangan dalam menentukan sama ada ia menjadi syarat sah kepada tawaf atau tidak yang memberi kesan kepada sah atau tidak tawafnya. Ini jugak menunjukkan yang paling afdhal untuk dilakukan adalah dengan berwuduk atau suci dari kedua hadas.

Wallahu Aโ€™lam.

๐€๐›๐ฎ ๐€๐ฆ๐ฆ๐š๐ซ ๐š๐ฅ-๐Œ๐š๐ก๐ฆ๐ฎ๐๐ข

SoalJawabHajiUmrah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *