JANGAN KETAT SANGAT, JANGAN PULA LONGGAR SANGAT

Rantai basikal ni kalau ketat atau cekang sangat susah nak jalan. Nak kayuh pun rasa berat. Risiko untuk putus pun sangat tinggi. Bila kendur atau longgar sangat mudah pulak jatuh. Susah juga nak jalan. Risiko spoket atau free wheel rosak pun sangat tinggi. (orang kampung aku panggil preweng)Nak sedap dan mudah untuk basikal tu berjalan, rantainya kena sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Begitu lah dalam hidup kita, tak boleh terlalu ketat. Kalau ketat sangat, ia akan menyusahkan diri kita untuk terus ke hadapan. Kalau longgar sangat pun tak boleh juga. Ia akan menyebabkan kita akan selalu tersalah buat pilihan. Apa yang perlu kita buat adalah bersederhana dalam semua hal. Beragama, berpolitik, bersosial dan sebagainya. Moga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa bersederhana dalam segala hal dan urusan.

𝐀𝐛𝐮 𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐚𝐥-𝐌𝐚𝐡𝐦𝐮𝐝𝐢

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *