?????????? ?????? ????, ???? ????????? ???????

Apa yang ditonjolkan Rasulullah ﷺ dalam setiap tingkah lakunya memberikan inspirasi kepada usahawan. Kehidupan baginda yang dipenuhi dengan situasi positif dapat memberikan semangat kepada kita.

Biarpun halangan yang ‘menggunung’ dalam sampaikan dakwah Islam, baginda fokus dan tetap menjalankan tugasnya. Dalam dakwah baginda, ada sahaja sahabat yang setia seperti Sayidina Abu Bakar, Umar, Ali dan lain-lain menjadi tulang belakang perjuangan Islam.

Kesantunan dalam peribadi Nabi ﷺ, meruntun setiap hati untuk mendekati dan menyayangi baginda. Disebabkan walaupun baginda bergelar rasul, baginda tetap menyantuni semua golongan daripada kanak-kanak hingga orang tua. Biarpun bangsawan atau fakir miskin, baginda sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan mereka.

Tiada istilah ‘pilih kasih’ untuk kehidupan baginda. Isteri-isteri baginda juga disantuni dengan begitu adil dan tahu untuk menjaga hati setiap daripada mereka. Keseimbangan kehidupan Rasulullah ﷺ dalam memimpin umat dan keluarga, memang menjadi contoh yang baik berasaskan Madrasah Kenabian.

Cumanya kehidupan usahawan, juga dapat diimbangi dengan apa sahaja sunnah baginda untuk menjadikan perniagaan serta peribadi sentiasa unggul. Mencontohi baginda dalam mengurus, memimpin dan melaksanakan dakwah dapat membantu usahawan bergerak lebih jauh dalam bisnes yang dijalankan. Namun apa yang membuatkan baginda dapat mengimbangi kehidupan peribadi dan melaksanakan dakwah dengan berjaya?

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *