𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐚 𝐈𝐡𝐫𝐚𝐦 (𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡)

𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 : Berihram Haji sebelum memulakan tawaf Umrah.

𝐉𝐮𝐦𝐡𝐮𝐫 𝐚𝐥-𝐅𝐮𝐪𝐚𝐡𝐚’ berpendapat bahawa harus memasukkan haji ke atas umrah sebelum (memulakan tawaf umrah) sama ada dia adalah penduduk mekah (ahli Makkah) atau orang luar dari tanah Haram Mekah (al-afaqiyin). Hajinya menjadi Haji Qiran.

𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐡 berpendapat bahawa sah jika dilaksanakan oleh penduduk luar tanah Haram Mekah (al-afaqiyin) dan Hajinya menjadi Haji Qiran.

Jika penduduk tanah Haram Mekah (al-Makkiyin) berihram Umrah dan sebelum dia memulakan tawaf umrahnya dia berihram haji pula, maka dia perlu membatalkan ihram umrahnya dan mengekalkan ihram hajinya. Dia juga dikenakan dam rafadh (دم الرفض) dan umrahnya perlu diqada’.

𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 : Berihram Haji selepas selesai tawaf Umrah.

𝐚𝐥-𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐢𝐲𝐚𝐡 dan 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐡 berpendapat bahawa tidak sah jika seseorang itu telah menyempurnakan tawaf umrahnya kemudian dia berihram haji pula.

𝐚𝐥-𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢𝐲𝐚𝐡 berpendapat bahawa sah (harus) berihram haji walaupun telah menyempurnakam tawaf umrah. Maka hajinya menjadi haji Qiran. Tetapi hukumnya makruh.

𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐲𝐚𝐡 pula berpendapat bahawa jika seseorang yang telah menyempurnakan tawaf umrah kemudian dia berihram haji pula, maka dia perlu meninggalkan ihram hajinya (bermaksud meninggalkan amalan-amalan Haji seketika) dan mengekalkan ihram umrahnya dan melaksanakan umrahnya sehingga selesai.

Di sisi 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐲𝐚𝐡, melaksanakan tawaf 4 atau 5 atau 6 pusingan telah dikira menyempurnakan tawaf kerana di sisi mereka kadar terbanyak dikira sudah memenuhi kesempurnaan sesuatu amalan.

𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 : Berihram Haji selepas memulakan tawaf tetapi belum menyempurnakannya.

𝐚𝐥-𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐡 berpendapat bahawa sah jika seseorang telah memulakan tawaf tetapi belum menyempurnakannya 7 pusingan kemudia dia berihram haji pula. Hajinya menjadi haji Qiran.

𝐚𝐥-𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐢𝐲𝐚𝐡 berpendapat bahawa tidak sah ihram haji seseorang apabila dia telah memulakan tawaf umrahnya.

𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐲𝐚𝐡 pula berpendapat bahawa jika seseorang penduduk Mekah (ahli Makkah) itu telah melakukan tawaf umrahnya kurang dari 4 pusingan, kemuduan dia berihram haji, maka dia perlu meninggalkan salah satu dari ihram tersebut (Haji atau Umrah). Di sisi mereka sah jika sesorang yang bukan penduduk tanah Haram Mekah melakukan perkara tersebut.

#𝐀𝐛𝐮 𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐚𝐥-𝐌𝐚𝐡𝐦𝐮𝐝𝐢

#SoalJawabHajiUmrah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *