DAKWAH JAHRIYYAH (TERANGAN) UJI MENTAL DAN FIZIKAL

𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐡𝐫𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧) 𝐮𝐣𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥

Semasa dakwah terang-terangan berjalan, ia menganggu ‘ketenteraman’ orang musyrikin Mekah kerana pengaruh Islam makin berkembang. Disebabkan kejahilan dan ego yang tidak sudah, kelompok musyrikin Mekah memulakan ancaman untuk menghalang perjalanan dakwah.

Mereka yang membuat onar ini sehingga menganggu Rasulullah ï·º digelar sebagai Mustahziin. Antara orang yang utama dalam gelaran ini adalah Abu Jahal dan bapa saudara baginda Abu Lahab. Apa yang dia buat untuk sakiti Rasulullah?

• Abu Jahal datang dan mencabar sesiapa yang berani untuk mendapatkan tahi unta supaya dilemparkan kepada Rasulullah ﷺ semasa sujud. Uqbah bin Mu’aith menyahut cabaran itu. Dia lempar tahi unta semasa baginda bersujud.

Sahabat yang berada di situ tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketidakmampuan untuk melawan. Sehingga datang Saidatina Fatimah membersihkan kotoran yang mengotori Rasulullah ï·º.

• Abu Lahab meletakkan najis di hadapan rumah Rasulullah ﷺ untuk
memalukan dan menjatuhkan air muka anak saudaranya. Tidak cukup dengan itu, isteri Abu lahab juga tidak henti-henti mengumpat dan mencaci baginda kerana rumah mereka berjiran dengan Rasulullah ï·º.

• Dia cuba menggunakan batu besar untuk menghempap Rasulullah ﷺ semasa sujud ketika solat.

Dan banyak lagi… cumanya kita dalam bisnes biasa mengalami ‘penderaan’ sebegini tak? Sampai ada masa kita mahu ‘quit’ dan tak mahu lagi buat bisnes. Sebab saat kita buat keputusan nak buat bisnes, kita bersemangat.

Namun selepas itu, kita ‘down’ jika ada ancaman. Salah satunya ‘reject’…kemudian ‘reject’….’reject’ lagi. Belajarlah daripada ‘kekuatan’ baginda Rasulullah ï·º ketika dakwah Jahriyyah, baginda diserang fizikal dan mental. Begitu juga sahabat baginda….Cuma kita kalau berbisnes tiba-tiba kena ancaman ‘reject’ kemudian berhenti, ingati kembali saat baginda berdakwah.

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

2 thoughts on “DAKWAH JAHRIYYAH (TERANGAN) UJI MENTAL DAN FIZIKAL”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *