YBhg. SS Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang
Mufti Kerajaan Negeri Kedah
Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji Jakim
Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan! Usaha penerbitan buku terjemahan fiqh haji dan umrah merangkumi empat mazhab utama ini adalah yang pertama diterbitkan di Malaysia. Usaha dan tindakan murni yang wajar dipuji kerana bersesuaian dengan kehendak masa kini. Secara peribadi, besar harapan saya sekiranya buku ini bukan sekadar menjadi rujukan tambahan Pekta (Pengkursus Haji Tanah Air) dan Pihtas (Pembimbing Ibadat Suci Tanah Air), malah wajar dijadikan sebagai sumber rujukan utama.
Gaya persembahan buku yang kemas dan terperinci dengan susunan teks asal dan terjemahan mengikut perenggan, menjadikan ia bahan rujukan yang mudah dibaca dan difahami. Kandungan buku ini yang lengkap dengan dalil daripada Al-Quran dan hadis berserta terjemahan dapat membantu pembimbing haji dan umrah memahami dengan lebih mendalam berkenaan haji dan umrah melalui sumber yang autentik. Sumber yang autentik dan dipercayai. keaslian kandungan serta huraiannya boleh dijadikan pegangan dan rujukan oleh semua pihak yang menguruskan jemaah haji dan umrah, mahupun yang bakal menjadi tetamu Allah s.w.t.
Komentar
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang UNISHAMS & AJK Fatwa Negeri Kedah
YBhg. Ustaz Dr. Akli Ahmad
Buku ini adalah terjemahan berkaitan (fiqh haji dan umrah menurut empat mazhab) yang pertama di Malaysia. Ia adalah terjemahan daripada kitab asal yang berjudul فقه المذاهب الربعة بأدلته الحج والعمرة Semestinya buku seperti ini ditunggu-tunggu oleh pembaca di Malaysia selain sumber bacaan lain dalam pesembahan dan olahan yang pelbagai yang terdapat di pasaran. Sesekali pembaca perlu dihidangkan dengan bacaan seperti ini yang kelihatan sedikit berat kandungannya, namun masih mampu dihadam oleh semua golongan pembaca dengan gaya terjemahan yang sudah diolah menggunakan pendekatan yang mudah difahami, tanpa memberi kesan kepada maksud sebenar daripada teks asal.
Komentar
Profesor Madya Dr. Jamaluddin Hashim
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Unisza
Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Tabung Haji
Selepas membelek, meneliti, dan membaca kandungan buku ini, apa yang menarik perhatian saya adalah susunan kandungan dan gaya persembahan yang mempamerkan sebuah ‘Kitab Moden’ untuk ibadat haji dan umrah. Penerbitan buku ini turut disertakan dengan teks asal (dalam bahasa Arab) bagi memudahkan pembaca merujuk kepada teks asal untuk memahami dan mendalami maksud dan kehendak sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Kelebihan buku ini yang menyertakan bersama teks daripada kitab asal memberikan kemudahan kepada para pembaca memahami istilah-istilah Arab yang khusus dan umum berkaitan ibadat haji dan umrah.
Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan tambahan, malah boleh juga dijadikan rujukan utama kepada mereka yang mahu mempelajari ibadat haji dan umrah daripada empat mazhab yang utama. Huraian perbahasan daripada empat mazhab berkenaan ibadat haji dan umrah memberikan impak yang lebih mendalam kepada para pembaca bagi merungkai perbezaan pendapat-pendapat empat mazhab ini.
Ada dua cara mudah untuk anda dapatkan buku istimewa ini
PERTAMA. Anda boleh terus klik butang di bawah ni untuk whatsap. Nanti team kami akan ambil pesanan anda.