Harta kekayaan

Assalamualaikum…

Tuan puan yang saya kasihi sekalian…

Sebut sahaja harta kekayaan, Ada tiga golongan yang berbeza pemahaman mereka, iaitu;
1. Golongan pertama : mereka menganggap harta kekayaan adalah segala galanya. Mereka menghabiskan hari-hari mereka dengan mencari harta kekayaan. Mereka tiada masa beribadah, tiada masa berkeluarga, tiada masa bermasyarakat. Masa yang mereka ada hanyalah untuk mencari kekayaan.
2. Golongan kedua adalah mereka yang memahami bahawa harta akan memusnahkan mereka. harta akan menjauhkan diri mereka dengan Allah. Mereka sanggup hidup susah dan melarat. Bahkan mereka beranggapan bahawa harta akan melambatkan mereka untuk ke syurga Allah Jalla Wa’ala.
3. Golongan ketiga pula mereka memahami bahawa harta kekayaan adalah keperluan hidup yang mesti dicari untuk mencapai kesenangan dan keselesaan hidup. Harta juga dapat menjadikan mereka umat yang kuat. Harta membolehkan mereka memaksimumkan amalan yang akan menjadi “Jariyah” kepada mereka di Akhirat nanti.
Jadi, Islam itu mudah dan tidak membebankan. Bukan bermakna tiada aturan, tetapi biarlah apa sahaja yang dimahukan, mesti ingat Tuhan. Bermakna segunung kekayaan boleh dicari, tapi biarlah kekayaan itu mendekatkan diri pada Tuhan. Sebab itu, banyak manfaat jadi orang kaya harta, mereka boleh berzakat dan mampu kerjakan haji. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh al-imam Ahmad daripada Amr bin al-Asr

نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحِ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ

Maksudnya : “Nikmat harta yang baik adalah apabila ia berada di tangan orang yang baik”
Jadi hadis ini menggalakkan kita mencari kekayaan harta tetapi biarlah guna pada jalan Allah. Hanya dengan cara sebegini, orang kaya hartanya mampu banyak memberi dan bantu orang yang kurang bernasib baik. Usah bimbang takut menjadi orang yang takabur banyaknya harta, asal saja ingat Allah kita mampu selamat dunia dan akhirat.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

1 thought on “Harta kekayaan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *