Lahirnya Seorang Anak, Bukan lah Dia Sentiasa Sihat.

Lahirnya seorang anak, bukan lah dia sentiasa sihat.

Ada ketika dia aktif, ada ketika dia pasif.

Bila dia nampak pasif, kita perlu periksa kesihatannya. Pegang dahinya sama ada dia demam atau tidak. Jika kita tak dapat mengesan apa-apa sakit dengan ilmu dan alat bantuan yang kita ada,

Maka

Kita perlu bawa dia berjumpa doktor dan periksa kesihatannya. Bimbang kalau dia sakit.

Orang bisnes pula,

Bila lahirkan produk, bukan lah ia sentiasa berjalan dan aktif terjual dengan baik.

Bila nampak produk kita mula kurang aktif jualannya kita perlu periksa kesihatannya, adakah ia terkena penyakit berbahaya atau hanya kurang vitamin sahaja.

Periksa dulu dengan kemapuan ilmu dan alat bantuan yang kita ada.

Jika kita tak dapat “diagnose” apakah penyakit yang menimpanya.

Maka bawa lah ia berjumpa dengan doktor (pakar) untuk mengesan apa kah penyakit yang menimpanya dan apakah ubat yang paling sesuai dengan penyakit tersebut.

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *