Modal Duit Vs Modal Akhlak Baik

Apabila nak mula bisnes, kita ‘pening’ dengan modal. Sebut modal, fokus kita pada duit. Itu yang ‘lalu’ di minda. Sudahnya, kita semacam rasa susah nak bisnes. Hingga ada ambil jalan mudah, pinjam sana-sini.
Selesai pinjam, bulan pertama, kedua dan seterusnya kita pun jalankan bisnes seperti biasa. Lama-kelamaan, untuk tak nampak, rugi sahaja yang muncul. Kita tidak keruan, fikir apa lagi silap nak dibetulkan. Hinga beranikan diri hutang dan hutang lagi. Senang tidak, beban makin bertambah.
Jadi bagi yang fikir modal bisnes yang utama adalah duit, patut kita fikir balik. Seperti mana baginda Rasulullah ﷺ memulakan dakwah Islam dengan tonjolkan Akhlak yang baik. Biarpun ada yang tentang dan halang, baginda pamerkan sikap yang profesional.
Seperti yang dinyatakan Anas bin Malik; suatu ketika aku berjalan bersama Rasulullah ﷺ yang waktu itu mengenakan kain burdah Najran yang tebal. Di pertengahan jalan, seorang lelaki badwi melihat kain itu dan menariknya kuat-kuat.
Begitu kuatnya, aku sampai jelas melihat bekas tarikannya di pundak beliau. Kemudian Badwi itu berkata:” Hai Muhammad, perintahkan pembantumu agar memberikan sebahagian harta Allah yang ada padamu kepadaku. ”Baginda hanya menoleh dan senyum. Kemudian baginda menyuruhku agar memberikan sesuatu kepada si Badwi.”
Situasi sebegini adalah sebahagian kecil yang pernah dialami oleh Rasulullah ﷺ. Cukup untuk memberikan pengertian kepada kita yang baginda tenang, senyum dan tidak sama sekali berlaku kasar kepada orang lain.
Mampukah kita senyum kepada orang yang kita tidak kenali, kemudian berurusan dengan kita secara kasar, adakah kita balas kembali dengan kekasaran? Sama situasi jika kita berurusan bisnes dengan pelanggan yang agak ‘cerewet’ dan berperangai susah, adakah kita ‘sergah’ mereka atau santuni dengan hati?
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *