Musafir dalam bisnes

Assalamualaikum…

Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian. Dalam kehidupan, banyak kali kita bermusafir.
Sama ada jauh atau dekat, kita adalah manusia yang sentiasa bergerak untuk sampai ke satu destinasi.

Paling kurang pun, kita semua menjadi musafir dalam dunia untuk menuju akhirat.

Jadi, bila nak ‘bermusafir’, beberapa perkara penting yang kita pasti akan fikirkan dan tentukan.

1. Pertama, ke mana Destinasi kita.

2. Kedua, kita akan fikir dan tentukan Tujuan atau sebab yang kuat untuk ke sana.

3. Ketiga, Kenderaan apa yang sesuai untuk ke sana.

4. Keempat, laluan apa yang sesuai?

5. Kelima, Dengan siapa kita mahu pergi?

Bisnes juga begitu, 5 soalan di atas ditukar kepada:

1) Ke mana Bisnes ini nak pergi?
Tentukan haluan atau visi bisnes, supaya tak tersesat dan penat di tengah jalan nanti. Lebih penting, kita tak patah balik sebab cari jalan semula dan membuang masa serta tenaga mahupun wang.

2) Sebab apa kita buat bisnes ini?
Elak letak sebab kecewa bekerja atau nak kaya semata-mata, biar ada ‘why’ yang kuat. Kalau sekadar nak kaya, baik masuk Skim Cepat Kaya. Sebab bisnes bukan jalannya…

3) Kenderaan (cara/strategi) yang mana sesuai untuk bisnes berjaya?

Kadang- kadang nak cepat berjaya, buat hanya bergantung pada manusia, kontrak dan kabel. Ya! Ia nampak berjaya, kemudian hari akan bermasalah. Takde kontrak, kabel atau manusia, bisnes kita ke mana?…ke laut…kemudian hanyut.

4)Kemudian  kita tentukan laluan manakah yang kita akan lalui iaitu “market” mana yang kita akan tembusi?

Kenal siapa bakal pelanggan, kemudian baru kenal pasaran, jadi kita tidak dalam keadaan berangan-angan produk kita dibeli semua segmen pasaran. Cari data yang kukuh, sebelum masuk pasaran.

5) Dalam berbisnes,dengan siapa kita nak kerjasama?

Kalaupun kita bisnes kecil, tak perlu partner, tak bermakna kita tak perlu teman.

Sebab dengan pilih teman yang betul dan jujur, ia bantu bisnes kita tidak ‘terlanggar dinding’ kerana mampu mendapatkan sentuhan nasihatnya.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *