Dakwah secara rahsia

Assalamualaikum..
Tuan puan yang dimuliakan Allah sekalian.
Saya nak kongsikan 3 perkara pertama yang Nabi kita Muhammad s.a.w telah laksanakan dalam fasa dakwah sirriyah atau dakwah secara rahsia.

1. Setelah Baginda s.a.w menerima perintah dakwah, baginda mula berdakwah kepada orang terdekat dahulu. Saidatina Khadijah binti Khuwailid isteri baginda yang mulia menerima dakwah nabi. Kemudian diterima oleh Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a yang juga sepupu baginda. Seterusnya Sayidina Abu Bakar r.a dan sahabat-sahabat karib baginda.

2. Baginda kemudian meneruskan dakwah kepada sahabat-sahabat terdekat dengan baginda yang lain dari pelbagai latarbekang. Sayidina Othman bin Affan dari golongan bangsawan arab, Abdul Rahman bin ‘Auf r.a dari golongan “Businessman” arab. Yasir, Sumaiyah, dan Bilal bin Rabah dari golongan hamba. Mereka semua ini adalah orang-orang berpengaruh dalam golongan mereka masing-masing. Mereka semua direkrut oleh baginda sebagai duta yang akan membawa produk “Islam” kepada golongan mereka masing-masing.

3. Nadi pergerakan dakwah ini dimulakan dengan baginda menghimpunkan para sahabat di suatu tempat rahsia iaitu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Dalam perjumpaan demi perjumpaan bersama para sahabat ini, baginda memfokuskan kepada mengenalkan “Islam” kepada mereka.

Ibrah yang boleh disesuaikan untuk dunia bisnes kita pada hari ini adalah;

1. Fasa awal bisnes, idea-idea baru produk kita perlu di sampaikan kepada orang yang terdekat dengan kita terlebih dahulu. Sokongan moral awal memberikan semangat yang mampu mengujakan. Biarlah sokongan itu positif dan negatif, ia adalah ‘feedback’ yang baik untuk bisnes.
Feedback ini yang penting, yang positif akan berikan semangat. Yang negatif, berikan peringatan supaya bisnes kita diperbaiki daripada awal lagi.
2. Bina kepercayaan ke atas produk kita kepada orang dari pelbagai latar belakang. Ini membentuk kita melahirkan duta bagi memudahkan semua golongan dapat menerima produk kita.

3. Dalam fasa permulaan bisnes, Fokuskan kepada aktiviti menjelaskan dan mengenalkan produk kita dengan sejelas-jelasnya kepada bakal pelanggan. Maklumat yang jelas, memudahkan pelanggan menyampaikan maklumat kepada pelanggan yang lain.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *