Idea dan strategi

Assalamualaikum
Tuan puan yang dimuliakan Allah sekalian.
Apabila kita baru mula berbisnes, idea dan strategi adalah aset yang berharga. Jadi, usah teruja sampai ingin semua orang tahu. Cuma hadkan supaya idea-idea ini, hanya orang terdekat dan positif sahaja yang tahu. Tidak semua boleh ‘dikompangkan’ hingga bising sana-sini. Sebabnya, idea-idea baru kita akan menjadi senjata pesaing kita jika mereka terlebih dahulu tahu dan menukarkan ia kepada produk. Sudahnya, kita yang gigit jari.

Fasa awal kita bisnes, tak semua idea itu sempurna. Jadi, jika ingin ‘launch’ idea bisnes biarlah berstrategi. Usah ‘separuh masak’, hingga dapat ditiru dan dibuat pembaharuan oleh pesaing hingga ‘terbeliak mata’ kita sesudah melihat idea asal kita dilancarkan oleh orang lain.
Sebab itu, ibrah dari dakwah baginda Nabi s.a.w dalam fasa “sirriyah” iaitu dakwah secara rahsia. Jika baginda tidak mengehadkan penyampaian dakwah pada ketika itu, sudah pasti akan timbul orang lain yang mengaku sebagai nabi juga. Jika dakwah secara rahsia ini tidak berlaku dan nabi teruskan dakwah secara “jahriyah” atau terang terangan, maka masyarakat arab pasti memandang produk yang dibawa oleh baginda iaitu Islam adalah suatu produk yang tidak sempurna. Ini menyebabkan mereka tidak akan menerima Islam.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *