Sahabat mencari sahabat

Assalamualaikum
Tuan puan yang dimuliakan Allah sekalian.

Tahukah tuan puan, salah satu konsep yang diamalkan oleh baginda Nabi s.a.w yang menghasilkan kejayaan dakwah baginda adalah konsep sahabat mencari sahabat. Ketika Para sahabat memeluk Islam, mereka dididik oleh baginda s.a.w untuk menyampaikan dakwah kepada kenalan-kenalan mereka. Ini memudahkan dakwah baginda s.a.w bergerak dengan lebih cepat dan berkesan.

Konsep ini juga sangat berkesan jika diamalkan dalam dunia bisnes kita. Apabila dialihkan ke dunia bisnes, ia dinamakan dengan konsep “pelanggan mencari pelanggan”. Setiap pelanggan yang mempunyai pengalaman menerima produk kita perlu dijadikan duta kepada produk kita. Dengan kata lain, mereka mempromosikan produk kita.

Bagaimana kita nak pastikan pelanggan kita mencari pelanggan lain untuk kita? Pastikan setiap pelanggan kita mempunyai pengalaman manis bersama produk kita. Belajarlah untuk kenal sirah Junjungan Besar kita, untuk kita amalkan akhlak yang baik dalam berbisnes. Itulah inti memaniskan ‘pengalaman pelanggan’ kepada kita.
Pasti mereka akan mempromosikan produk kita tanpa kita perlu membayar mereka.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *