Pelanggan 100k vs pelanggan Rm100

Assalamualaikum
Tuan puan yang dimuliakan Allah sekalian

Pelanggan 100k vs pelanggan Rm100

Orang bisnes jangan pilih bulu ketika melayan pelanggan dan menyantuni mereka. Ada pelanggan membeli produk kita yang bernilai tinggi dan menghasilkan keuntungan besar buat perniagaan kita. Ada juga mereka yang membeli produk kita dengan nilai yang sangat rendah.

Ketahuilah, mereka semua adalah pelanggan kita yang berharga dan benilai dalam membangunkan peniagaan kita. Mereka berhak dan perlu dilayan sama rata. Tidak kira yang membeli produk atau perkhidmatan kita bernilai RM 100 K atau RM 100, mereka adalah pelanggan yang ‘support’ kita..

Ketika Baginda s.a.w sedang berdakwah kepada para pembesar Quraisy, Baginda didatangi oleh seorang sahabat iaitu Abdullah bin Ummi al-Maktum r.a. Beliau yang buta lalu berkata kepada Baginda s.a.w,
“Ajarkan aku lagi tentang Islam.”

Oleh kerana Baginda sedang menyampaikan dakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy, maka Baginda bertindak bermasam muka dan memalingkan muka dari Abdullah bin Ummi al-Maktum. Saat ini, Allah S.W.T menurunkan ayat dari surah ‘Abasa yang menegur tindakan nabi kepada Abdullah bin Ummi al-Maktum.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ
karena telah datang seorang buta kepadanya.

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ
Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ
atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ
Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
maka kamu melayaninya.

Ibrah atau sesuautu yang dapat dipelajari untuk bisnes adalah menyantuni siapa sahaja yang berurusan dengan kita. Barangkali, dalam beberapa kali kita promosi, belum tentu pelanggan beli. Jika beli pun mungkin dengan jumlah sikit. Ada juga yang membeli daripada kita dengan jumlah besar, namun selepas itu tidak lagi membeli lagi dengan kita.
Apa yang penting, kita santuni pelanggan dengan akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Nabi SAW. Biar nilai belian hanya RM100, akan membuka peluang kepada jutaan ringgit.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *