Permulaan bisnes

Assalamualaikum..
Tuan puan sekalian.


Permulaan bisnes, ada antara orang terdekat dengan kita tidak percaya dan terima produk kita. Bukan itu sahaja, mungkin mereka lebih suka memilih produk saingan kita. Itu biasa, nama pun baru, orang belum tahu…

Dalam bisnes, terima baik jika ada yang ‘reject’ apa yang kita jual. Fokuskan kepada mereka yang menerima. Bina strategi yang sesuai untuk mereka. Untuk yang masih ‘krik-krik’ nak terima produk kita, bina ‘branding’ dengan konsisten dan pasti kita berjaya.

Pada permulaan dakwah Baginda Nabi s.a.w, ramai orang-orang yang dekat dengan Baginda s.a.w tidak menerima produk yang dibawa baginda nabi s.a.w iaitu Islam. Walaupun produk Islam yang dibawa Baginda s.a.w sarat dengan ramuan-ramuan terbaik antaranya tauhid, kasih sayang, kesempurnaan akhlak dan banyak lagi. Ini semua menatijahkan kehidupan yang sempurna dan bahagia di dunia yang fana dan akhirat yang kekal abadi.

Setelah Baginda s.a.w berhijrah ke al-Madinah al-Munawwarah, islam semakin kuat dan gagah. Ketika itu baru lah mereka yang pada peringkat awalnya tidak menerima ajakkan Baginda s.a.w mula menerimanya.

“Bisnes Gagah dengan Ibrah Sirah”

Abu Ammar al-Mahmudi
#TemanMusafirBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *