ABU AMMAR

Abdul Hadi bin Abdul Raman dilahirkan pada tahun 1986. Anak ke- 6 daripada 9 adik beradik memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, Serdang kedah pada tahun 1992 sehingga 1997. Ketika Darjah 6, beliau bertukar sekolah ke sekolah kebangsaan Tengku Abdul Malik, kilang lama kulim kedah pada tahun 1998.

Seterusnya beliau meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah Kupang Baling kedah pada tahun 1999 sehingga 2001. Pada tahun 2002-2004 beliau berpindah ke sekolah di sekolah agama al maahad al dini sultan abdul halim alor setar kedah. Selepas tamat tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran ke kolej universiti islam antarabangsa Selangor dalam jurusan pengajian islam Syariah pada tahun 2004 sehingga 2007.

Mula bergiat aktif sebagai mutawif haji separuh masa pada tahun 2005 sehingga 2007 di sebuah syarikat travel cantumas travel & tours sdn bhd. Pada tahun 2008-2010 berkhidmat sepenuh masa sebagai eksekutif haji dan umrah di Cantumas Travel & Tours Sdn Bhd. Beliau memulakan bisnes sendiri pada tahun 2011 dengan menubuhkan syarikat az zuha group travel & tours sdn bhd. Kini beliau memacu bisnesnya sebagai ceo dalam syarikat az zuha sehingga sekarang. Selain itu, beliau juga sebagai chairman di sebuah syarikat percetakan, Tera global printing daripada tahun 2016 sehingga sekarang.

Minat mendalam dalam bisnes membuatkan beliau menghasilkan suatu karya yang menjadi hibrid antara Kisah Nabi dengan bisnes sebagai usaha membantu khalayak ramai berani untuk berbisnes dengan ilmu dunia dan akhirat.