TIADA BAKAT BERNIAGA

π“π’πšππš 𝐁𝐚𝐀𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐒𝐚𝐠𝐚

Ada jumpa saya untuk minta nasihat mengenai bisnes. Ada yang baru nak fikir dan sudah bertahun buat bisnes. Cuma saya dapat simpulkan kebanyakan mereka daripada 3 kategori.

β€’ Baru berfikir dan nak mula bisnes
β€’ Sudah ada bisnes lebih daripada dua tahun
β€’ Sudah bertahun-tahun

Tidak apa pun kalau bisnes tak berkembang, tapi kita kembangkan β€˜cara fikir’ dahulu. Tidak usah fikir apa yang orang kata, kalau dah lama bisnes tak kaya juga, maknanya baik berhenti. Bagi saya ada dua benda boleh faham daripada statement ini;

1. Kita buang masa, dan berkemungkinan bisnes tidak sesuai dengan diri kita.
2. Kita bergantung pada definisi yang bisnes itu hanya untuk kaya.

Pendapat saya, jika kita letak ukuran berbisnes hanya pada soal β€˜harta’, berapa kita dapat? Banyak mana boleh kurangkan kos? Boleh dapat banyak dengan usaha yang sedikit? Itu masih lagi kerangka hanya fokus pada soal dunia sahaja.

Sedangkan bisnes, perlu dilihat supaya kita berani untuk fikir lebih daripada itu. Ia adalah suatu usaha untuk memastikan kita mampu menjana ekonomi. Sebab itu, Baginda Rasulullah ο·Ί sentiasa berusaha untuk sampaikan dakwah dan terus-terusan mempamerkan akhlak baik untuk memastikan risalah Islam sampai kepada manusia.

Sebab itu ibrah sirah juga akan menunjukkkan apa yang dilakukkan oleh baginda dan para sahabat dalam mematikan dakwah sampai kepada sekecil-kecil darjat manusia sehingga penguasa negara. Usaha yang berterusan ini yang memamstikan Islam sampai kepada kita pada hari ini. Jika ada yang kata kita tiada bakat bisnes, senyum dan carilah ilmu bisnes untuk kita tahu berbisnes.

Β 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *